entah kenapa tetiba seja aku buat keputusan mau buat facebook & blogger baru.
sedangkan aku sendiri tahu yang aku tak lama lagi tidak akan mula aktif dalam melayari facebook ataupun blogger ini. (ia akan menjadi jarang kerana SPM) masa ku akan banyak di habiskan dengan belajar, belajar, dan belajar sampai aku jadi budak pandai. setuju? :)
begitu cepat masa berlalu. rasa macam baru kemarin aku rasa cuti sekolah tu. tak sangka, tinggal
minggu ni seja cuti. minggu depan sekolah sudah. dan aku? akan jadi kakak-kakak form5 yang akan memikul tanggungjawab yang sangat besar! SPM! grrrr~ aku takut! aku belum sedia untuk itu semua.
nampak sangat yang aku masih berpewartakan keanak-anakkan macam budak tadika. budak tadika pun tak macam aku rasanya. betul kan. hee~
apa yang aku rancang, memang tak boleh cakap terang-terang sebab takut tak akan jadi. aku cuma boleh cakap yang aku akan usaha selagi aku mampu. aku mesti buat perubahan pada diriku. mau buang sifat negatifku jauh-jauh. betul kata mereka, kalau bukan aku yang mengubah diriku sendiri, tak akan ada yang dapat merubah aku dari baik kepada yang lagi baik. ya kan? sebab itu, aku mula menyimpan azam bahawa aku akan merubah diriku ke arah yang lebih baik demi masa depan ku sendiri.
kesimpulannya;SPM tidak perlu di ambil enteng! dan aku harus usaha belajar sebaik mungkin.:)
