bila mereka cerita pasal result spm. rasa terharu . rasa semangat sebab aku masih ada peluang untuk dapat result yang cemerlang macam mereka. aku jadi kan mereka sebagai pembakar semangat ku yang kejap naik dan turun. bila dapat tahu result mereka tahun ni yang semua gempak-gempak, semangat ku terus naik,naik dan semakin naik ! betul . aku rasa macam azam aku untuk setakat "lulus" spm mula berubah menjadi "cemerlang" . (walau aku tau, aku tak mampu) tapi aku masih mau ubah azam aku jadi "cemerlang" tak salah kan ? hmmm~
kalau dulu, aku kisah bila kawan-kawan selalu down kan aku. "jangan nak perasan lah ! " "boleh kah kau ? " jangan terlalu yakin lah " kalau bodoh tu , bodoh juga " alah nasib-nasib ja tu" dan adakalanya aku nangis bila mereka langsung tak bagi aku peluang untuk tunjuk kemampuan aku dari semasa ke semasa sampaikan aku jatuh menjunam di sebabkan kata-kata mereka yang nyata buat aku selalu gagal ! aku tau aku lemah , aku tau aku tak mampu . tapi aku sedih sebab aku sendiri tak pernah lemparkan kata-kata yang melemahkan semangat seseorang . tapi kenapa aku selalu terkena tempias negatif yang buat aku semakin jatuh tanpa kerelaan ku !
mama , papa aku seja satu-satunya anak kamu. sori sebab aku tak mampu bagi kamu bangga dengan aku dari semua segi. aku tau kamu sedih sebab satu apa pun kamu tak boleh nak bangga dengan aku . tak macam mak bapak orang lain yang selalu jaja nama anak-anak mereka atas kecemerlangan yang anak-anak mereka dapat dari semua segi, mereka bangga itu. tapi mama papa ? rasanya macam aku tak pernah langsung buat begitu kan ? pasti kecewa bunyinya tu kan ? orang lain boleh cakap, kalau sudah tau anak satu-satunya sudah pasti selalu dapat buat mak bapak bangga ! tapi aku ni tidak ! langsung tiada keinginan mau buat mama papa bangga. kenyataan itu aku ambil untuk pengajaran buat aku untuk teruskan azam aku untuk "cemerlang" !
"cakap tanpa usaha tak akan membuahkan hasil yang di inginkan." (aku tau itu). tapi tak salah kan untuk aku belajar sikit demi sikit asal aku selesa dengan keadaan itu. aku ambil kata-kata dari orang lain yang selalu cakap , lain orang lain caranya . begitu juga aku. aku tak boleh nak ikut orang pandai belajar yang baca terus boleh ingat . aku lain. kalau perlu aku baca dan salin balik apa yang ada dalam buku tu. aku akan salin balik. tak kisah lah itu akan buang masa aku , asal aku selesa dan cuma itu seja caranya buat aku ingat . tapi kenapa ada juga orang yang pertikaikan itu semua. sedangkan aku sendiri tak pernah kritik macam mana cara mereka. kalau masih berterusan lah macam itu, betul-betul buat aku sentiasa jatuh lah !
masa aku tak banyak, aku perlu korbankan banyak hal. jika aku benar-benar inginkan apa yang aku mau. dan kalau boleh aku tebus semua silap aku di sini. hanya ini peluang aku satu-satunya, tiada lagi lepas ni. jadi kalau boleh, aku tak mau lagi sia-siakan itu. :P